Jumaat, 25 April 2025 — Satu program webinar bertemakan “Keselamatan Siber untuk Wanita” telah dianjurkan oleh NADI Cybersecurity melalui platform Zoom pada hari Jumaat, 25 April 2025, dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan golongan wanita mengenai aspek keselamatan siber, sejajar dengan perkembangan pesat dunia digital masa kini. Webinar ini juga menjadi satu medium untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita dalam bidang keselamatan siber yang semakin kritikal.
program ini menandakan sambutan positif terhadap inisiatif tersebut, dengan penyertaan yang terus meningkat dari seluruh negara. Pihak penganjur menyeru orang ramai, khususnya wanita, untuk merebut peluang memperkasakan diri dengan ilmu keselamatan digital demi melindungi diri dan komuniti daripada ancaman siber.


