Selasa | 27 Mei 2025 – Studio Sihat komited untuk membantu komuniti mencapai gaya hidup yang lebih sihat dan sejahtera. Melalui program senaman berkumpulan, khidmat nasihat pemakanan, serta sokongan mental dan emosi, kami percaya bahawa kesihatan menyeluruh adalah kunci kepada kesejahteraan hidup.
Prestasi kami dalam menjayakan misi ini dapat dilihat melalui peningkatan tahap kecergasan ahli, penurunan kadar stres, dan semangat komuniti yang semakin erat. Setiap sesi senaman bukan sahaja meningkatkan stamina, malah memperkuat hubungan sosial antara peserta. Aktiviti mingguan seperti senam robik, yoga, dan bengkel pemakanan sihat sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selain itu, kami turut bekerjasama dengan pihak sekolah, syarikat, dan badan bukan kerajaan untuk mengadakan program kesihatan awam. Usaha ini membolehkan lebih ramai orang mendapat akses kepada maklumat dan aktiviti yang menyokong gaya hidup aktif.
Dengan semangat dan komitmen yang berterusan, Studio Sihat percaya bahawa prestasi yang konsisten akan membawa impak positif kepada komuniti. Kami berazam untuk terus menjadi pemangkin kepada komuniti yang lebih sihat, bertenaga dan bahagia.
Topik- topik yang turut dibincangkan antaranya adalah :
🎯 Maklumat terkini
💯 Status NADI2U Q2
🚑 Jelajah REACH
📺 Advokasi di Youtube Studio Sihat
🦻 NADI Wellbeing Listens to You – Q&A


