PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Masak : Roti Bun Sendiri Lebih Bersih, Lebih Berkhasiat

Sabtu | 28 Jun 2025 : Program Mahir Masak – Roti Bun Sendiri telah berlangsung dengan jayanya selama 30 minit dan mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai kaedah penyediaan roti bun secara sihat dan bersih di rumah.

Peserta diperkenalkan kepada :
– Bahan-bahan asas dalam pembuatan roti bun
– Teknik penyediaan doh yang betul supaya naik sempurna dan lembut
– Tips penyediaan roti yang lebih bersih berbanding produk komersial
– Cara penyimpanan roti agar tahan lebih lama

Demonstrasi telah dijalankan secara interaktif oleh fasilitator, diikuti sesi soal jawab ringkas bersama peserta. Suasana program berlangsung dengan meriah dan peserta menyatakan minat untuk menyertai lagi bengkel seumpama ini pada masa akan datang.

Kesimpulan :
Program ini berjaya memberi pendedahan awal kepada komuniti tentang kepentingan penyediaan makanan sendiri yang lebih sihat dan selamat. Ia selari dengan matlamat Pembelajaran Sepanjang Hayat serta mendorong masyarakat agar lebih mahir dalam kemahiran harian yang praktikal dan bermanfaat.

Berita Berkaitan