PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care – Rahsia Umur Panjang : Kunci Kesihatan Warga Emas Ada Pada ‘Connection’

Selasa | 1 July 2025 : Webinar Studio Sihat yang bertajuk “Rahsia Umur Panjang : Kunci Kesihatan Warga Emas Ada Pada ‘Connection'” telah berjaya menarik perhatian ramai peserta, khususnya dalam kalangan warga emas dan penjaga mereka. Sesi ini menekankan pentingnya hubungan sosial, kasih sayang dan sokongan emosi dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental warga emas.

Penceramah jemputan telah berkongsi pelbagai kajian dan pengalaman sebenar yang membuktikan bahawa warga emas yang kekal aktif dalam pergaulan, sama ada bersama keluarga, rakan sebaya atau komuniti, mempunyai risiko kesihatan yang lebih rendah serta hidup lebih lama dan bahagia. Hubungan yang positif memberi impak kepada tahap stres, tekanan darah, dan sistem imun seseorang.

Webinar ini turut menyarankan langkah-langkah praktikal seperti menyertai aktiviti komuniti, menggunakan teknologi untuk kekal berhubung, serta memberi perhatian kepada kesihatan mental. Program ini amat bermanfaat dan membuka mata masyarakat tentang peranan besar ‘connection’ dalam menyokong kesejahteraan warga emas.

Berita Berkaitan