Program DILEA Webinar Berkala Matematik merupakan sesi pembelajaran secara dalam talian yang diadakan bagi membantu pelajar meningkatkan pemahaman dalam subjek Matematik. Melalui webinar ini, peserta akan didedahkan dengan teknik penyelesaian soalan, penerangan konsep asas serta latihan yang dapat membantu pelajar lebih yakin dan mahir dalam Matematik.
Program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan dan berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar bagi memperkukuhkan lagi pemahaman mereka.


