PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

CYBERSECURITY Live Webinar 2026 April : Cara Bagaimana Menjaga Keselamatan CCTV & Wifi Rumah Anda Dari Digodam

Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menjaga keselamatan peranti digital di rumah seperti CCTV dan rangkaian WiFi. Peserta didedahkan dengan risiko keselamatan siber yang boleh berlaku sekiranya sistem keselamatan tidak dilindungi dengan baik.

Selain itu, peserta turut mempelajari langkah-langkah asas untuk melindungi rangkaian WiFi dan CCTV daripada pencerobohan atau penggodaman, seperti penggunaan kata laluan yang kuat, kemas kini perisian serta tetapan keselamatan yang betul.

Melalui webinar ini, peserta diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber serta mengetahui cara melindungi peranti dan rangkaian internet di rumah dengan lebih selamat. 🔐📶

Berita Berkaitan