PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di SMK Kubang Kerian 2

24 Jun 2026 –

๐ŸŒ Kempen Internet Selamat di SMK Kubang Kerian 2
๐Ÿ“ Lokasi: SMK Kubang Kerian 2
๐Ÿ“… Tarikh: 24 Jun 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Panjang Banggu, NADI Kampung Padang Kala dan NADI Kedai Buloh telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SMK Kubang Kerian 2 yang melibatkan seramai 631 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan menggunakan internet secara bijak, beretika dan selamat.
Bilangan murid: 631
Bilangan guru: 20
Ikon K-DAT Sekolah:
– Ikon K-DAT (Guru)
– Puan Nor Adida Binti Wan Mohd Rosdi
– Ikon K-DAT (Pelajar)
– Nurul Ain Zulaikha Binti Pendi
* Fasilitator: 4 orang bertugas sepanjang pelaksanaan modul.
๐Ÿ“š Aktiviti Program
Program dilaksanakan melalui Modul Ringkas pelajar yang merangkumi 4 pelajaran utama (Sekolah Menengah) :
Pelajaran 1: Maklumat Palsu
Pelajaran 2: Jejak Digital
Pelajaran 3: Red flag.
Pelajaran 4: Buli siber.
๐ŸŽฏ Objektif Kempen (Sekolah Menengah)
* Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga jejak digital dan privasi peribadi.
* Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya buli siber, scam, penyebaran berita palsu dan risiko jenayah siber.
* Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab dan tidak keterlaluan.
* Menyedarkan pelajar mengenai kesan ketagihan gajet dan permainan dalam talian terhadap kesihatan mental dan prestasi akademik.
* Membentuk sikap pelajar yang lebih kritis dan bijak menapis maklumat sebelum berkongsi atau mempercayainya.
* Memupuk nilai tanggungjawab digital sebagai pengguna internet yang selamat, berdisiplin dan menghormati orang lain.
๐Ÿ“ Hasil Program
Kempen Internet Selamat di sekolah menengah membantu pelajar menjadi lebih berwaspada dan beretika dalam penggunaan internet. Pelajar dapat memahami cara melindungi akaun media sosial, mengelak daripada menjadi mangsa buli siber atau penipuan, serta lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang maklumat. Program ini juga berjaya membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar untuk mengimbangi penggunaan internet dengan aktiviti bermanfaat lain.

Berita Berkaitan