PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Care : Asas Muay Thai Di Rumah : Stance & Punch Untuk Beginner

18 Julai 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas seni mempertahankan diri Muay Thai yang boleh dipelajari secara mudah dan selamat di rumah, khususnya bagi golongan pemula. Sesi ini memperkenalkan teknik asas seperti posisi badan (stance), pergerakan kaki serta teknik tumbukan (punch) yang betul bagi membina asas kemahiran Muay Thai.

Peserta turut diberikan panduan mengenai kepentingan pemanasan badan, kawalan pergerakan dan keselamatan semasa melakukan latihan. Diharapkan program ini dapat membantu peserta meningkatkan kecergasan fizikal, keyakinan diri serta mengamalkan gaya hidup lebih aktif dan sihat melalui aktiviti senaman yang menyeronokkan.

Berita Berkaitan