06 Ogos 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan peralatan diagnosis serta teori asas sistem operasi Android sebagai persediaan dalam bidang pembaikan gajet. Peserta didedahkan dengan fungsi peralatan diagnosis yang digunakan untuk mengesan kerosakan pada peranti serta memahami konsep asas sistem Android bagi memudahkan proses penyelenggaraan dan pembaikan.
Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari kaedah mengenal pasti punca kerosakan, penggunaan perisian dan alatan diagnosis yang sesuai serta asas struktur dan fungsi sistem operasi Android. Selain itu, peserta diberi penekanan mengenai amalan kerja yang selamat, sistematik dan beretika ketika menjalankan proses diagnosis dan pembaikan peranti.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal peserta dalam mendiagnosis kerosakan serta memahami sistem Android, sekali gus membina keyakinan untuk mengendalikan kerja-kerja pembaikan gajet dengan lebih cekap dan profesional.


