07 Ogos 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan laporan dengan lebih sistematik. Peserta mempelajari cara menggunakan AI untuk mencari idea, menyusun maklumat, membina rangka laporan serta menghasilkan penulisan yang lebih teratur dan berkesan.
Sepanjang sesi, peserta turut didedahkan dengan teknik menghasilkan arahan (prompt) yang tepat bagi mendapatkan maklumat dan hasil penulisan yang bersesuaian dengan keperluan. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan menyemak kesahihan maklumat, membuat penilaian terhadap hasil yang dijana AI serta menggunakan AI secara beretika.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyelidikan dan penulisan berbantukan AI, sekali gus membantu meningkatkan produktiviti serta kecekapan dalam tugasan pembelajaran, pekerjaan dan urusan harian.


