PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Live Webinar Cybersecurity – Data Breach Malaysia : Apa Jadi Bila IC & Maklumat Anda Bocor

20 Ogos 2026 – Dalam era digital masa kini, maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan (IC), nombor telefon, alamat, e-mel dan maklumat penting lain perlu dilindungi daripada penyalahgunaan. Kebocoran data boleh berlaku apabila maklumat peribadi terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya digunakan untuk tujuan penipuan, pencurian identiti atau jenayah siber.

Melalui Live Webinar Cybersecurity – Data Breach Malaysia: Apa Jadi Bila IC & Maklumat Anda Bocor, peserta akan didedahkan dengan isu kebocoran data yang berlaku serta kesan yang mungkin dihadapi apabila maklumat peribadi tersebar. Webinar ini turut memberikan pendedahan mengenai kepentingan menjaga keselamatan data dan langkah-langkah asas yang boleh diamalkan bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan maklumat peribadi.

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan siber dan perlindungan data peribadi dalam kehidupan seharian, selaras dengan usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pengetahuan dan literasi digital.

Berita Berkaitan