10 Sep 2026 –
Mahir Baiki Gajet Intake 4 Modul 8 memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek penting dalam pemilihan telefon pintar, kesan penggunaan bateri Lithium-Ion (Li-Ion) dalam kehidupan seharian serta asas penggunaan multimeter.
Dalam kelas ini, peserta mempelajari faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih telefon pintar mengikut keperluan dan spesifikasi. Peserta turut didedahkan kepada fungsi serta penggunaan bateri Li-Ion dalam peranti elektronik, termasuk kepentingan penggunaan dan pengendalian yang betul.
Selain itu, peserta diperkenalkan kepada multimeter sebagai salah satu peralatan asas dalam pemeriksaan dan pengukuran komponen elektronik. Pembelajaran secara teori dan praktikal ini membantu peserta memahami penggunaan peralatan dengan lebih sistematik dan selamat.
Melalui modul ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan teknikal, kemahiran asas membaiki gajet serta kesedaran terhadap penggunaan peranti elektronik secara selamat dan bertanggungjawab.


