17 Sep 2026 –
Ulangkaji Telefon Pintar & Ujian Kefahaman (Kelas 2) merupakan sesi pembelajaran yang memberi peluang kepada peserta mengulang kaji pengetahuan dan kemahiran berkaitan telefon pintar yang telah dipelajari dalam modul terdahulu. Peserta diberi penerangan semula mengenai komponen, fungsi serta asas penyelenggaraan telefon pintar bagi mengukuhkan pemahaman.
Melalui sesi ulang kaji dan ujian kefahaman, peserta dapat menilai tahap penguasaan mereka terhadap topik yang telah dipelajari. Aktiviti ini turut membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran peserta dalam mengenal pasti masalah asas telefon pintar serta mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam situasi sebenar.


