PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADIPreneur & Empowerher Live Webinar – Melangkah Ke Dunia Usahawan

01 Okt 2026 – Program NADIPreneur & EmpowerHER Live Webinar – Melangkah Ke Dunia Usahawan merupakan inisiatif yang bertujuan memberi pendedahan dan inspirasi kepada komuniti, khususnya individu yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

Melalui sesi webinar ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan tentang asas keusahawanan, mengenal pasti peluang perniagaan serta membina keyakinan diri untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan. Program ini turut menggalakkan peserta meneroka potensi diri, menjana idea kreatif dan memanfaatkan teknologi digital bagi mengembangkan perniagaan.

Diharapkan program ini dapat menyuntik semangat kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada untuk terus menimba ilmu, meningkatkan kemahiran serta berani merebut peluang dalam membina perniagaan yang berdaya saing dan mampan.

Berita Berkaitan