PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Kesejahteraan Kendiri Mula Perlahan, Bina Kekuatan

10 Julai 2026 – NADI Kesejahteraan Kendiri: Pendekatan Senaman dalam Pengurusan Obesiti merupakan program kesedaran kesihatan yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan aktiviti fizikal dan senaman dalam membantu mengurus serta mengurangkan risiko obesiti. Bersama penceramah jemputan yang berpengalaman, peserta didedahkan dengan kepentingan mengamalkan senaman secara konsisten, teknik senaman yang sesuai mengikut tahap kecergasan serta amalan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kesejahteraan diri.

Melalui perkongsian ini, peserta diharapkan dapat memahami bahawa pengurusan obesiti memerlukan gabungan senaman yang berterusan, pemakanan seimbang dan disiplin diri bagi mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Program ini turut memberi inspirasi kepada peserta untuk memulakan gaya hidup aktif secara berperingkat demi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan jangka panjang.

Berita Berkaitan