PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Awareness E-Sukan Modul 24 Kepimpinan Dalam Pasukan E-Sukan

08 Ogos 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kepimpinan yang baik dalam membentuk pasukan e-sukan yang mantap dan berdaya saing. Peserta didedahkan dengan peranan seorang pemimpin dalam menetapkan hala tuju pasukan, membuat keputusan, mengurus strategi serta memastikan setiap ahli memainkan peranan masing-masing.

Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari kemahiran komunikasi, kerjasama, pengurusan konflik dan cara membina kepercayaan dalam pasukan. Penekanan turut diberikan kepada sikap bertanggungjawab, disiplin serta kebolehan memotivasikan ahli pasukan ketika menghadapi kemenangan mahupun kekalahan.

Diharapkan program ini dapat membentuk peserta yang mempunyai kemahiran kepimpinan, mampu bekerjasama dengan baik serta membina pasukan e-sukan yang lebih tersusun, positif dan berdaya saing.

Berita Berkaitan