Khamis | 18 September 2025 | 3.00 PM – 4.30 PM : Webinar Cyber Security yang bertajuk “SIM Swap: Ancaman Siber kepada Usahawan” Slot 1 telah diadakan bagi memberi pendedahan tentang bahaya jenayah siber yang semakin berleluasa. SIM Swap merupakan teknik penipuan di mana penyerang mengambil alih nombor telefon mangsa untuk mengakses akaun perbankan, media sosial dan data peribadi.
Usahawan perlu lebih berhati-hati kerana mereka sering menjadi sasaran akibat urusan transaksi atas talian yang aktif. Dalam slot ini, peserta diterangkan cara penipuan berlaku, tanda-tanda awal serangan serta langkah pencegahan seperti penggunaan pengesahan dua faktor, keselamatan kata laluan dan kesedaran semasa berurusan secara digital. Webinar ini diharap dapat meningkatkan tahap kewaspadaan usahawan dalam melindungi diri dan perniagaan daripada ancaman SIM Swap.


