PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

e-Kelas Usahawan Bengkel Pemasaran Digital : Modul 1 Strategi Pemasaran Digital

02 Ogos 2026 – Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas strategi pemasaran digital bagi membantu usahawan meningkatkan daya saing dan mengembangkan perniagaan dalam era digital. Peserta didedahkan dengan konsep pemasaran digital, kepentingan membina kehadiran dalam talian serta kaedah mengenal pasti sasaran pelanggan yang bersesuaian.

Sepanjang bengkel, peserta turut mempelajari strategi menggunakan platform digital seperti media sosial, laman web dan aplikasi dalam talian untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan dengan lebih berkesan. Selain itu, peserta diberikan panduan mengenai penyediaan kandungan pemasaran yang menarik, pembinaan jenama serta teknik meningkatkan capaian dan interaksi dengan pelanggan.

Diharapkan program ini dapat membantu peserta menguasai asas pemasaran digital, meningkatkan keyakinan dalam mempromosikan perniagaan serta mengaplikasikan strategi yang dipelajari bagi memperluaskan pasaran dan meningkatkan potensi jualan.

Berita Berkaitan