PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

eKelas Usahawan Intake 1 Modul 4 Sesi 1 – AI Untuk Cipta Hook Visual Yang Berkesan

20 Okt 2026 – Program eKelas Usahawan Intake 1 Modul 4 Sesi 1 – AI Untuk Cipta Hook Visual Yang Berkesan memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan visual pemasaran yang menarik dan mampu menarik perhatian pelanggan. Peserta akan mempelajari cara menggunakan AI untuk mencipta idea visual, menghasilkan gambar promosi serta membina kandungan yang sesuai untuk media sosial dan platform perniagaan digital.

Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan bahan promosi yang lebih menarik, menjimatkan masa dan memudahkan proses pemasaran produk atau perkhidmatan. Kemahiran ini boleh diaplikasikan oleh usahawan untuk menarik minat pelanggan, meningkatkan interaksi di media sosial serta membantu mengembangkan perniagaan secara dalam talian.

Berita Berkaitan