27 Sep 2026 – Program eKelas Usahawan – Sesi Terbuka: Jom Kenali eKelas Usahawan merupakan sesi pengenalan yang memberi peluang kepada peserta untuk mengenali platform eKelas Usahawan serta memahami manfaatnya dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan.
Melalui sesi ini, peserta berpeluang mendapatkan pendedahan mengenai pembelajaran keusahawanan secara digital, meneroka ilmu berkaitan perniagaan serta mengetahui bagaimana platform ini dapat membantu usahawan mengembangkan potensi dan meningkatkan daya saing dalam dunia perniagaan.
Diharapkan sesi ini dapat membuka peluang kepada komuniti untuk terus menimba ilmu, meningkatkan kemahiran digital dan melangkah lebih jauh dalam bidang keusahawanan bersama NADI.


