PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Esport Awareness Modul 29 – Mengenali Scammer & Penipuan Digital

12 Sep 2026 – Sesi kesedaran yang memberi pendedahan kepada peserta tentang pelbagai bentuk scam dan penipuan yang sering berlaku dalam talian. Peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti taktik scammer, tanda-tanda penipuan serta langkah yang boleh diambil bagi melindungi maklumat peribadi dan akaun daripada menjadi mangsa.

Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengenal pasti risiko penipuan digital serta membuat pertimbangan yang lebih bijak sebelum berkongsi maklumat atau melakukan sebarang transaksi dalam talian. Sesi ini juga membantu peserta mengamalkan penggunaan internet yang lebih selamat, berhati-hati dan bertanggungjawab serta mengurangkan risiko menjadi mangsa scam dan penipuan digital.

Berita Berkaitan