PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

KEMAS Kubang Kerian Bersama NADI Menjayakan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer : Penyelenggaraan Sistem Operasi Android Hari Ketiga

Khamis | 12 Jun 2025 – KEMAS Parlimen Kubang Kerian dengan kerjasama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala dan NADI Kampung Pantai Sabak telah berjaya menganjurkan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer – Penyelenggaraan Sistem Operasi Android bermula 10 hingga 12 Jun 2025 bertempat di NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional), Bandar Satelit Pasir Tumboh.

Seramai 15 orang peserta telah menyertai program ini yang berlangsung selama tiga hari, melibatkan pelbagai pengisian berbentuk teori dan amali berkaitan teknologi digital dan penyelenggaraan peranti mudah alih.

Hari Ketiga – Pembentangan & Penutup Program

Hari ketiga menandakan penutup kepada Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer. Peserta telah menjalani sesi sentuhan akhir di mana mereka membuat persiapan terakhir bagi pembentangan hasil kerja digital masing-masing. Setiap peserta menghasilkan poster digital bertemakan kecerdasan buatan (AI) menggunakan aplikasi Canva, dan membentangkannya secara rasmi.

Sesi pembentangan diadakan di hadapan barisan tenaga pengajar NADI, pegawai-pegawai KEMAS dan tetamu jemputan. Peserta menerangkan hasil kerja mereka dengan yakin serta berkongsi pengalaman sepanjang kursus. Sesi ini mendapat pujian dan ulasan membina daripada Puan Norfaridah, Penggerak KEMAS bahagian KKJP, yang memberi galakan kepada setiap peserta.

Majlis penutup berlangsung dengan meriah dan bersemangat, dirasmikan oleh Encik Shahrul, Ketua Pemuda UMNO Parlimen Kubang Kerian. Turut hadir beberapa tetamu VIP dari KEMAS yang menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif pembangunan kemahiran komuniti seperti ini.

Kesimpulan :
Program ini telah berjaya mencapai objektif utamanya, iaitu memberi pendedahan dan kemahiran asas berkaitan teknologi serta aplikasi digital kreatif. Peserta menunjukkan peningkatan dari segi kefahaman, minat serta keyakinan untuk terus meneroka bidang teknologi moden.

Diharapkan agar program seperti ini diteruskan bagi memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat serta melahirkan lebih ramai individu celik digital.

Berita Berkaitan