Rabu | 11 Jun 2025 – KEMAS Parlimen Kubang Kerian dengan kerjasama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala dan NADI Kampung Pantai Sabak telah berjaya menganjurkan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer – Penyelenggaraan Sistem Operasi Android bermula 10 hingga 12 Jun 2025 bertempat di NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional), Bandar Satelit Pasir Tumboh.
Seramai 15 orang peserta telah menyertai program ini yang berlangsung selama tiga hari, melibatkan pelbagai pengisian berbentuk teori dan amali berkaitan teknologi digital dan penyelenggaraan peranti mudah alih.
Hari Kedua – Aplikasi Digital Kreatif
Program KKJP memberi fokus kepada pengenalan dan latihan asas aplikasi digital kreatif yang semakin relevan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Antara aplikasi yang diperkenalkan termasuk :
📍 ChatGPT – Penjana idea penulisan, ayat promosi, dan surat rasmi.
📍 Canva – Reka bentuk poster digital menggunakan templat, elemen grafik dan suntingan teks.
Setiap aplikasi diterangkan melalui sesi demonstrasi interaktif yang dikendalikan oleh fasilitator, diikuti latihan amali di mana peserta mencuba sendiri menggunakan peranti masing-masing. Peserta bebas meneroka dan mencipta kandungan mengikut kefahaman serta kreativiti tersendiri.
Sambutan peserta amat menggalakkan. Mereka menyatakan keseronokan dan keterujaan kerana dapat mempelajari aplikasi moden yang boleh membantu dalam urusan peribadi dan kerjaya. Banyak idea baru muncul semasa sesi, dan peserta menunjukkan keyakinan serta minat tinggi untuk terus belajar.
Kesimpulan :
Hari kedua kursus ini berjaya memperkenalkan peserta kepada dunia teknologi dan kandungan digital yang semakin penting masa kini. Melalui pendedahan ini, mereka bukan sahaja memperoleh kemahiran baru, tetapi juga didorong untuk terus berkreativiti, berfikir kritis dan menyesuaikan diri dengan teknologi semasa. Program ini jelas memberi impak positif dan wajar diteruskan di masa akan datang.


