PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kelantan

07 Okt 2026 –

🌐 Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kelantan
📍 Lokasi: SMK Melor, Kelantan.
📅 Tarikh: 7 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8:40 pagi – 10:10 pagi
NADI Kampung Padang Kala & NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Melor yang melibatkan 163 orang pelajar Tingkatan 4 dan 26 orang guru. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan menggunakan internet secara bijak, beretika dan selamat.
Bilangan murid: 163
Bilangan guru: 26
Fasilitator: 2 orang bertugas sepanjang pelaksanaan modul.
📚 Aktiviti Program
Program dilaksanakan menggunakan Modul Ringkas Pelajar (13-17 tahun) yang merangkumi 4 pelajaran utama:
Pelajaran 1: Maklumat Palsu
Pelajaran 2: Jejak Digital
Pelajaran 3: Red flag.
Pelajaran 4: Buli siber.
🎯 Objektif Kempen (Sekolah Menengah)
* Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga jejak digital dan privasi peribadi.
* Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya buli siber, scam, penyebaran berita palsu dan risiko jenayah siber.
* Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab dan tidak keterlaluan.
* Menyedarkan pelajar mengenai kesan ketagihan gajet dan permainan dalam talian terhadap kesihatan mental dan prestasi akademik.
* Membentuk sikap pelajar yang lebih kritis dan bijak menapis maklumat sebelum berkongsi atau mempercayainya.
* Memupuk nilai tanggungjawab digital sebagai pengguna internet yang selamat, berdisiplin dan menghormati orang lain.
🧕🏻Ikon Guru: Puan Siti Rahmah binti Ya’acob
👨🏻‍🎓Ikon Pelajar: Muhammad Adam Luqman Al Hakim bin Azwadi
📝 Hasil Program
Kempen Internet Selamat di sekolah menengah memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara selamat, bertanggungjawab dan beretika. Melalui program ini, pelajar lebih memahami langkah melindungi akaun media sosial, menghindari buli siber serta penipuan dalam talian, di samping lebih peka sebelum berkongsi sesuatu maklumat di internet. Selain itu, program ini turut membantu memupuk amalan penggunaan internet secara positif dan seimbang dengan aktiviti lain yang lebih bermanfaat.

Berita Berkaitan