PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat di SMK Padang Kala

🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan

Lokasi: SMK Padang Kala, Kota Bharu,Kelantan.

📅 Tarikh: 08 Februari 2026 (Ahad)

⏰ Masa: 8:00 Pagi-1:00Petang MCMC Kelantan dengan usahasama 6 buah NADI di bawah Jajahan Kota Bharu telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Padang Kala yang melibatkan seramai 134 orang pelajar Tingkatan 1-5 dari 12 buah sekolah sekitar Kota Bharu. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan menggunakan internet secara bijak, beretika dan selamat.

👥 Bilangan sekolah: 12 Bilangan murid: 134 Bilangan guru: 31 Ikon K-DAT Sekolah: – Ikon K-DAT (Guru) -12 orang guru – Ikon K-DAT (Pelajar) – ⁠10 orang pelajar * Fasilitator: 6 orang bertugas sepanjang pelaksanaan modul.

Aktiviti Program Program dilaksanakan melalui Modul Ringkas pelajar yang merangkumi 4 pelajaran utama (Sekolah Menengah) : Pelajaran 1: Maklumat Palsu Pelajaran 2: Jejak Digital Pelajaran 3: Red flag. Pelajaran 4: Buli siber. 🎯 Objektif KIS (Sekolah Menengah) * Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga jejak digital dan privasi peribadi. * Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya buli siber, scam, penyebaran berita palsu dan risiko jenayah siber. * Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab dan tidak keterlaluan. * Menyedarkan pelajar mengenai kesan ketagihan gajet dan permainan dalam talian terhadap kesihatan mental dan prestasi akademik. * Membentuk sikap pelajar yang lebih kritis dan bijak menapis maklumat sebelum berkongsi atau mempercayainya. * Memupuk nilai tanggungjawab digital sebagai pengguna internet yang selamat, berdisiplin dan menghormati orang lain. 📝 Hasil Program Kempen Internet Selamat (KIS) di sekolah menengah membantu pelajar menjadi lebih berwaspada dan beretika dalam penggunaan internet. Pelajar dapat memahami cara melindungi akaun media sosial, mengelak daripada menjadi mangsa buli siber atau penipuan, serta lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang maklumat. Program ini juga berjaya membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar untuk mengimbangi penggunaan internet dengan aktiviti bermanfaat lain. Pada akhir program, penyampaian poster AIFA telah diagihkan kepada setiap wakil sekolah yang hadir. #kempenInternetSelamat #MCMC #NADIKelantan

Berita Berkaitan