PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat

Isnin | 15 Dis 2025 | 10.00am – 1.00pm

Kempen Internet Selamat (KIS) di Negeri Kelantan

๐Ÿ“ Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat
๐Ÿ“… Tarikh: 15 Disember 2025 (Isnin)
โฐ Masa: 10.00 pagi – 13.00 petang

NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh bersama NADI Kampung Pantai Sabak telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Agama Naim Lilbanat.
Program ini dirangka untuk membina asas kefahaman dalam kalangan murid Tingkatan 1 tentang penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab tanpa memperkenalkan media sosial secara langsung. Objektif program ini ialah mendidik dan memperkasakan pelajar supaya menggunakan internet secara selamat, bertanggungjawab, dan beretika. Pelajar juga diberikan langkah-langkah yang patut diterapkan semasa melayari sosial media bagi mengelakkan dengan perkara-perkara yang berunsurkan negatif.

๐Ÿ‘ฅ Peserta:
90 orang murid Tingkatan 1.

๐Ÿ“– Modul yang Digunakan:
Modul Ringkas Remaja (13-17 Tahun)

2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.

Ikon K-DAT Sekolah:
– Ikon K-DAT (Guru).
– Siti Nor Amni Binti Mukhetar

– Ikon K-DAT (Pelajar)
– Nik Nuraina Sufiya Binti Nik Mahmood

๐Ÿ“š Aktiviti:
Modul ini dilaksanakan dengan taklimat penerangan Modul Ringkas Pelajar Sekolah Menengah 13-17 Tahun dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :

– Pengenalan NADI : Perkhidmatan, Kemudahan, Inisiatif Kerajaan dan lain-lain
– Taklimat cara penggunaan Internet Selamat
– Pelajaran 1: Fakta atau Auta
– Pelajaran 2: Detektif Jejak Digital
– Pelajaran 3: Red Flag

๐Ÿ“ Hasil Program
Kempen Internet Selamat (KIS) di sekolah menengah membantu pelajar menjadi lebih berwaspada dan beretika dalam penggunaan internet. Pelajar dapat memahami cara melindungi akaun media sosial, mengelak daripada menjadi mangsa buli siber atau penipuan, serta lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang maklumat. Program ini juga berjaya membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar untuk mengimbangi penggunaan internet dengan aktiviti bermanfaat lain. Selain itu, pihak sekolah juga diberikan taklimat berkenaan AIFA. Penyerahan poster AIFA kepada pihak sekolah telah dilaksanakan dan cikgu telah mengisi borang penerimaan borang tersebut untuk SMK Agama Naim Lilbanat

#KempenInternetSelamat
#MCMC
#NADIKelantan

Berita Berkaitan