PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Melor

Kempen Internet Selamat (KIS) di Negeri Kelantan & Kaunter Perkhidmatan NADI Pintar
๐Ÿ“ Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Melor
๐Ÿ“… Tarikh: 30 November 2025 (Ahad)
โฐ Masa: 11.00 pagi – 1.30 petang
NADI Kampung Padang Kala bersama NADI Salor telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Melor.
Kaunter perkhidmatan pintar NADI turut disediakan pada hari ini seperti saringan kesihatan, pendaftaran ahli NADI dan MyDigital ID. NADI yang terlibat untuk kaunter pintar ini adalah NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh & NADI Kampung Pantai Sabak.
๐Ÿ‘ฅ 300 Peserta
๐Ÿ‘ฅ Ikon Program
โ€ข Ikon Guru: Puan Siti Rahmah binti Ya’acob
โ€ข Ikon Pelajar: Nur Zaria Azzahra Mohd Noramin binti Abdul zahir
๐Ÿ“š Aktiviti Program
Program dilaksanakan melalui Modul Ringkas pelajar yang merangkumi 4 pelajaran utama:
๐Ÿ“š Aktiviti Program (Sekolah Menengah)
Pelajaran 1: Fakta @ Auta
Pelajaran 2: Jejak Digital & Privasi di Media Sosial.
Pelajaran 3: Red flag
Pelajaran 4: Buli siber.
๐Ÿ“ Hasil Program
Kempen Internet Selamat (KIS) di sekolah menengah membantu pelajar menjadi lebih berwaspada dan beretika dalam penggunaan internet. Pelajar dapat memahami cara melindungi akaun media sosial, mengelak daripada menjadi mangsa buli siber atau penipuan, serta lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang maklumat. Program ini juga berjaya membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar untuk mengimbangi penggunaan internet dengan aktiviti bermanfaat lain. Selain itu, pihak sekolah juga diberikan taklimat berkenaan AIFA. Penyerahan poster AIFA kepada pihak sekolah telah dilaksanakan dan cikgu telah mengisi borang penerimaan borang tersebut untuk SMK Melor.

Berita Berkaitan