Selasa | 15 Julai 2025 : Program ini telah dilaksanakan oleh NADI Kluster Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat MCMC Negeri Kelantan. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S.) yang menyasarkan murid tahap dua (10-12 tahun) sekolah rendah.
Taklimat KIS dimulai oleh Encik Azidi, Pegawai MCMC Kelantan, dengan sokongan staf NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala, NADI Kampung Pantai Sabak, dan NADI Kg Kedai Buloh,
Kempen Internet Selamat : Modul Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 34 murid Tahap 2. Mereka ditempatkan di Makmal Komputer Sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama. Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian.
Program ini bertujuan untuk membina asas kefahaman tentang penggunaan Internet yang selamat dan fungsi aplikasi internet. Untuk Tahap 2, objektif adalah untuk menjelaskan mengenai had umur 13 tahun penggunaan media sosial, memberi kesedaran kepada murid tentang risiko dan ancaman dalam talian serta membantu murid mengenal pasti aktiviti alternatif yang sesuai bagi golongan kanak-kanak sekolah rendah.
Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi asas kefahaman penggunaan internet yang selamat, kesedaran kepada murid tentang had umur akaun media sosial, bahaya penggunaan internet yang tidak terkawal serta menggalakkan mereka untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih bermanfaat.


