PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Long Gafar.

Selasa | 2 September 2025 | 9.30am – 12.00pm : NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kg. Panjang Banggu telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Long Gafar.Program ini dirangka untuk membina asas kefahaman dalam kalangan murid Tingkatan 1 tentang penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab tanpa memperkenalkan media sosial secara langsung.Objektif program ini ialah mendidik dan memperkasakan pelajar supaya menggunakan internet secara selamat, bertanggungjawab, dan beretika. Pelajar juga diberikan langkah-langkah yang patut diterapkan semasa melayari sosial media bagi mengelakkan dengan perkara-perkara yang berunsurkan negatif.

Peserta :
70 orang murid Tingkatan 1.

Modul yang Digunakan :
Modul Ringkas Remaja (13-17 Tahun)

2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
Ikon K-DAT Sekolah :
– Ikon K-DAT (Guru)
– NorDyana Rozylahany Binti Nordin

– Ikon K-DAT (pelajar)
– Muhamad Zul Haziq Bin Mohd Zulkhari

Aktiviti :
Modul ini dilaksanakan dengan taklimat penerangan Modul Ringkas Pelajar Sekolah Menengah 13-17 Tahun dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut :

– Pengenalan NADI : Perkhidmatan, Kemudahan, Inisiatif Kerajaan dan lain-lain
– Taklimat cara penggunaan Internet Selamat
– Pelajaran 1 : Fakta atau Auta
– Pelajaran 2 : Detektif Jejak Digital
– Pelajaran 3 : Red Flag

Hasil Program :
Program ini berjaya mencapai objektifnya apabila pelajar dapat membezakan maklumat sahih dan palsu di internet, menilai risiko mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka, memahami konsep jejak digital serta implikasinya, di samping mengenal pasti tanda awal pengantunan siber dan mengambil langkah melindungi diri.

Berita Berkaitan