PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Padang Enggang.

Isnin | 11 Ogos 2025 | 10.00 AM – 12.30 PM : MCMC bersama NADI Kota Bharu telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Padang Enggang. Objektif adalah untuk menjelaskan kepada pelajar berkenaan keselamatan Internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan Internet.

Modul yang Digunakan :
*Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Pelajar Sekolah Menengah (13-17 Tahun).

Penyertaan : 64 orang murid Tingkatan 1.

6 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
Ikon K-DAT Sekolah :
– Ikon K-DAT (Guru)
– Encik Mohd Rosma Bin Rahim

– Ikon K-DAT (Pelajar)
– ⁠Muhammad Izzat Hakimi bin Muhammad

Aktiviti :
– Penetapan Minda : Aktiviti Pecah Ruyung.
– Pelajaran 1 : Fakta Atau Auta
– Pelajaran 2 : Detektif Jejak Digital.
– Pelajaran 3 : Red Flag

Hasil Program :
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Para pelajar berupaya membezakan antara maklumat yang sahih dan palsu di Internet, menilai risiko pendedahan maklumat peribadi secara terbuka, memahami konsep jejak digital serta implikasinya, mengenal pasti tanda-tanda awal pengantunan siber, dan mengambil langkah perlindungan diri yang sewajarnya. Selain itu, pelajar juga menunjukkan tahap kewaspadaan yang lebih tinggi dalam berkongsi maklumat di media sosial, di samping memupuk kawalan kendiri dan pemikiran kritis yang penting dalam kalangan remaja.

Berita Berkaitan