PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat @ Program Jalinan Komuniti Bersama Lembaga HASiL Dalam Negeri

Kempen Internet Selamat @ Program Jalinan Komuniti Bersama Lembaga HASiL Dalam Negeri

12 Julai 2026
9.00 pagi – 1.30 Petang

Jumlah peserta
– 35 orang belia & dewasa
– 5 orang pegawai HASiL

Kempen Internet Selamat
Modul Ringkas Keibubapaan Digital

๐Ÿ“š Aktiviti Program
Program dilaksanakan melalui Modul Ringkas Keibubapaan yang merangkumi 4 modul utama:
Modul 1: Mengenal Pasti Risiko & Ancaman dalam Talian untuk Kanak-kanak
Modul 2: Memahami Garis Panduan Had Umur Media Sosial
Modul 3: Meneroka Strategi Praktikal Mengawal Sambil Membimbing
Modul 4: Mengetahui Konsep “Ruang Bebas Gajet”

๐ŸŽฏ Objektif Kempen
* Memberi kesedaran kepada para ibu bapa serta belia tentang kepentingan keselamatan generasi anak-anak yang masih kecil.
* Meningkatkan pengetahuan mengenai had umur media sosial.
* Membimbing ibu bapa untuk memupuk etika serta mempraktikalkan ruang bebas gajet untuk anak-anak.
* Memupuk nilai tanggungjawab digital sebagai ibubapa yang sentiasa memastikan anak-anak menggunakan internet dengan selamat, berdisiplin dan menghormati orang lain.

๐Ÿ“ Hasil Program
Kempen Internet Selamat Keibubapaan membantu para ibu bapa serta belia menjadi lebih berwaspada dan beretika dalam penggunaan internet. Mereka juga tahu cara untuk mewujudkan ruang bebas gajet dan menghadkan penggunaan media sosial dan internet untuk anak-anak. Program ini juga berjaya membentuk sikap positif dalam kalangan ibu bapa untuk mengimbangi penggunaan internet dengan mengajak anak-anak melakukan aktiviti bermanfaat yang lain.

#KempenInternetSelamat
#MCMC
#NADIKelantan

Berita Berkaitan