Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat 2026 Siri 13 telah dianjurkan dengan topik “Anak dan Media Sosial: Kenapa Umur 16 Tahun Itu Garis Selamat” bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa pelajar dan komuniti mengenai kepentingan keselamatan anak-anak dalam penggunaan media sosial. Program ini memberi pendedahan tentang cabaran dan risiko yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja dalam persekitaran digital yang semakin berkembang.
Sepanjang pelaksanaan webinar ini, para peserta didedahkan dengan maklumat berkaitan kesan penggunaan media sosial pada usia terlalu awal, aspek keselamatan dalam talian, serta peranan ibu bapa dan komuniti dalam memantau, membimbing dan menetapkan had penggunaan internet yang selamat. Diharapkan penganjuran program ini dapat membantu ibu bapa dan komuniti memahami kepentingan kawalan serta komunikasi yang berkesan dengan anak-anak bagi memastikan penggunaan media sosial yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab.


