Dalam sesi webinar ini, peserta diperkenalkan kepada asas penyediaan pelan perniagaan mini secara mudah dan kreatif. Peserta akan belajar mengenal pasti idea perniagaan, sasaran pelanggan, modal asas serta cara merancang jualan dan promosi secara ringkas. Aktiviti ini bertujuan memupuk minat keusahawanan, kreativiti dan kemahiran berfikir secara terancang dalam kalangan peserta sejak usia muda.

Program Celik DELIMA dan Taklimat Perkhidmatan Pintar NADI di SMK Salor
Salor, 7 Mei 2025 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salor telah menganjurkan Program Celik DELIMA

