30 Julai 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas telefon pintar, termasuk pengenalan kepada komponen utama, fungsi setiap bahagian serta cara mengenal pasti kerosakan asas pada peranti. Peserta didedahkan dengan pengetahuan asas yang penting sebagai langkah permulaan dalam bidang penyelenggaraan dan pembaikan telefon pintar.
Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari struktur dalaman telefon pintar, fungsi komponen seperti skrin, bateri, papan induk (motherboard), kamera dan penyambung, serta kaedah pengendalian peranti yang selamat sebelum menjalankan sebarang kerja pembaikan. Selain itu, peserta diberi pendedahan mengenai penggunaan alatan asas dan amalan keselamatan bagi mengelakkan kerosakan pada peranti.
Diharapkan program ini dapat membantu peserta membina asas pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang pembaikan telefon pintar, sekali gus meningkatkan keyakinan untuk meneruskan pembelajaran dalam modul-modul seterusnya serta membuka peluang dalam bidang kerjaya dan keusahawanan teknologi.


