PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Baiki Gajet Intake 4 Modul 13 Sesi 2 – Komponen Penting Komputer

22 Okt 2026 – Komponen Penting Komputer memberi pendedahan kepada peserta tentang komponen utama yang terdapat dalam sesebuah komputer serta fungsi setiap perkakasan. Peserta akan mempelajari peranan komponen seperti papan induk (motherboard), pemproses (CPU), memori RAM, cakera keras (HDD/SSD), bekalan kuasa (Power Supply) dan kad grafik dalam memastikan komputer berfungsi dengan baik.

Melalui sesi ini, peserta dapat memahami hubungan antara setiap komponen serta mengenal pasti fungsi dan kepentingannya dalam sistem komputer. Pengetahuan ini membantu peserta mengenali perkakasan komputer, memahami masalah asas yang mungkin berlaku dan membuat pemeriksaan awal sebelum proses pembaikan dijalankan. Kemahiran ini juga boleh dimanfaatkan untuk penjagaan komputer di rumah, membantu orang sekeliling serta membuka peluang untuk menceburi bidang penyelenggaraan dan pembaikan komputer.

Berita Berkaitan