Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas membuka dan memasang semula laptop dengan cara yang betul dan selamat. Peserta didedahkan kepada penggunaan peralatan asas seperti pemutar skru serta langkah-langkah membuka komponen laptop dengan berhati-hati. Selain itu, peserta juga mempelajari cara mengenal pasti bahagian utama laptop sebelum memasangnya semula dengan betul. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam penyelenggaraan asas gajet serta memberi pengetahuan praktikal dalam membaiki peranti komputer riba.

Webinar Kesejahteraan Kendiri Reset Hidup Sihat: Dari Pemakanan ke Berat Badan Ideal
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesejahteraan kendiri melalui amalan gaya

