PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Foto Intake 4 Minggu 3 – Mobilegrafi (Kelas 1)

27 Julai 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik mobilegrafi, iaitu seni menghasilkan foto berkualiti menggunakan telefon pintar. Peserta didedahkan dengan teknik asas penggambaran seperti pemilihan sudut, komposisi, pencahayaan serta penggunaan fungsi kamera telefon pintar bagi menghasilkan imej yang lebih menarik dan profesional.

Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari cara memanfaatkan telefon pintar sebagai medium untuk menghasilkan kandungan visual yang kreatif bagi kegunaan media sosial, promosi produk dan penjenamaan perniagaan. Selain itu, peserta diberi tip untuk meningkatkan kualiti gambar tanpa memerlukan peralatan fotografi yang mahal.

Diharapkan program ini dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan kandungan visual yang berkualiti, mengembangkan kreativiti serta membuka peluang untuk menjana pendapatan melalui bidang fotografi dan pemasaran digital.

Berita Berkaitan