PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Foto Intake 4 Minggu 4 Pengenalan Lens & Jenis-jenis Lens (Kelas 2)

06 Ogos 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengenalan lensa kamera serta jenis-jenis lensa yang digunakan dalam bidang fotografi. Peserta didedahkan dengan fungsi setiap jenis lensa, perbezaan ciri-cirinya serta kesesuaian penggunaan mengikut situasi dan jenis penggambaran seperti potret, landskap, produk dan acara.

Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari cara memilih lensa yang sesuai berdasarkan keperluan, memahami kesan panjang fokus terhadap hasil imej serta teknik asas penggunaan lensa bagi menghasilkan foto yang lebih berkualiti dan kreatif. Selain itu, peserta diberikan panduan mengenai penjagaan lensa bagi memastikan prestasi dan ketahanan peralatan sentiasa berada pada tahap yang baik.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan lensa kamera, sekali gus membantu mereka menghasilkan imej yang lebih profesional serta mengembangkan potensi dalam bidang fotografi dan kandungan digital.

Berita Berkaitan