12 Okt 2026 –
Program Mahir Foto Intake 4 Modul 12 Sesi 1 โ Ujian Pemahaman & Recap Silibus Fotografi memberi peluang kepada peserta untuk mengulang kaji dan menilai tahap pemahaman terhadap ilmu serta kemahiran fotografi yang telah dipelajari sepanjang program.
Melalui sesi ini, peserta dapat mengukuhkan pengetahuan tentang asas fotografi, teknik pengambilan gambar, komposisi, pencahayaan dan kaedah suntingan gambar. Ujian pemahaman turut membantu peserta mengenal pasti tahap penguasaan mereka serta aspek yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan foto yang lebih menarik dan berkualiti.
Diharapkan sesi ini dapat meningkatkan keyakinan peserta dalam mengaplikasikan teknik fotografi yang dipelajari, di samping memupuk kreativiti dan kemahiran menghasilkan imej yang berpotensi dimanfaatkan untuk kegunaan peribadi mahupun tujuan keusahawanan.


