Program Mahir Foto Minggu 12 memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas videografi menggunakan smartphone. Dalam kelas ini, peserta akan mempelajari pengenalan kepada videografi, penggunaan peralatan asas, serta teknik merakam video yang lebih stabil dan menarik menggunakan telefon pintar.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cabaran dalam penghasilan video serta tips dan teknik bagi menghasilkan kandungan video yang berkualiti, sesuai digunakan untuk media sosial, pembelajaran atau promosi digital.


