Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada asas penciptaan kandungan digital dengan fokus kepada teknik menghasilkan “hook” yang menarik perhatian penonton serta pemilihan “niche” yang sesuai mengikut minat dan sasaran audiens. Peserta juga mempelajari cara menghasilkan idea kandungan yang kreatif, konsisten dan lebih berpotensi mendapat engagement di platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook.

Kempen Internet Selamat @ Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) KEMAS Parlimen Ketereh
Tarikh: 25 Jun 2026 Masa: 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat: NADI Kampung Padang Kala

