Studio Lighting Dalam Fotografi (Kelas 4) merupakan kesinambungan latihan bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik pencahayaan studio. Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan teknik susunan lampu, kawalan bayang serta penggunaan pencahayaan yang sesuai bagi menghasilkan gambar yang lebih menarik dan berkualiti. Peserta juga diberi peluang untuk mempraktikkan teknik fotografi menggunakan peralatan studio bagi meningkatkan kemahiran secara praktikal.

SLS Mahir Masak Citarasa Nyonya – Ikan Kukus Berlemak bersama Chef Florance Tan & Cikgu Ros
22 Sep 2026 – Peserta berpeluang mengenali keunikan masakan Nyonya melalui penyediaan Ikan Kukus Berlemak

