PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Jahit Intake 4 Minggu 1 – Pengenalan (Kelas 3)

17 Julai 2026 – Program Mahir Jahit Intake 4 Minggu 1 telah dimulakan dengan sesi pengenalan yang disertai oleh 2 orang peserta mewakili NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai perjalanan program, modul pembelajaran serta kemahiran asas jahitan yang akan dipelajari sepanjang kursus.

Peserta turut diberikan penerangan mengenai struktur program, kaedah pembelajaran serta kepentingan memberikan komitmen sepanjang mengikuti setiap modul. Diharapkan program ini dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran jahitan, mengembangkan bakat serta membuka peluang untuk menjana pendapatan melalui bidang jahitan dan keusahawanan.

Berita Berkaitan