04 Ogos 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik mengambil ukuran badan dengan betul sebagai asas penting dalam menghasilkan pakaian yang kemas dan selesa dipakai. Peserta didedahkan dengan cara menggunakan pita ukur, mengenal pasti bahagian-bahagian badan yang perlu diukur serta teknik merekod ukuran dengan tepat.
Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari kepentingan ketepatan ukuran dalam proses penyediaan pola dan penghasilan pakaian mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, peserta diberikan tunjuk ajar mengenai teknik mengambil ukuran secara sistematik bagi mengelakkan kesilapan yang boleh menjejaskan hasil jahitan.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kemahiran asas peserta dalam bidang jahitan, membina keyakinan untuk menghasilkan pakaian yang lebih berkualiti serta menjadi asas kepada pembelajaran modul-modul jahitan yang seterusnya.


