PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Jahit Intake 4 Minggu 5 – Pola Kurung Pesak Gantung (Kelas 3)

14 Ogos 2026 – Peserta meneruskan pembelajaran secara amali dengan memberi fokus kepada penyediaan dan penggunaan pola kurung pesak gantung. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada teknik memahami bentuk pola, mengambil ukuran yang bersesuaian serta menyusun dan menyediakan pola mengikut potongan yang betul.

Peserta turut diberi peluang untuk mempraktikkan teknik menghasilkan pola dengan teliti bagi memastikan ukuran dan bentuk pakaian lebih tepat serta kemas. Latihan secara praktikal ini membantu peserta memahami langkah-langkah penyediaan pola sebelum proses memotong kain dan menjahit pakaian dijalankan.

Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran asas dalam menghasilkan pakaian tradisional, di samping membina keyakinan dan ketelitian dalam kerja-kerja menjahit. Kemahiran yang diperoleh boleh dimanfaatkan untuk kegunaan sendiri, menghasilkan pakaian untuk keluarga atau sebagai asas untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang jahitan dan keusahawanan.

Berita Berkaitan

Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Mentuan

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—§π—”π—žπ—Ÿπ—œπ— π—”π—§ π—žπ—œπ—¦ & π—žπ—”π—¨π—‘π—§π—˜π—₯ π—‘π—”π——π—œ π—£π—œπ—‘π—§π—”π—₯ – π—¦π—ž π— π—˜π—‘π—§π—¨π—”π—‘ Tarikh & Masa: 13 November

Selanjutnya Β»