PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Jahit Intake 4 Minggu 6 – Gunting Kurung Pesak Gantung (Kelas 1)

18 Ogos 2026 – Mahir Jahit Intake 4 diteruskan dengan sesi pembelajaran minggu ke-6 yang memberi tumpuan kepada teknik menggunting baju kurung pesak gantung.

Dalam kelas ini, peserta mempelajari cara menyediakan kain, membuat ukuran dan tanda dengan tepat serta menggunting mengikut potongan yang diperlukan. Sesi amali turut dijalankan bagi membantu peserta memahami proses penyediaan pola dan potongan kain dengan lebih mudah dan teratur.

Melalui pembelajaran secara praktikal, peserta dapat meningkatkan kemahiran serta keyakinan dalam menghasilkan pakaian sendiri. Kemahiran yang diperoleh juga boleh dikembangkan sebagai hobi, aktiviti sampingan atau peluang keusahawanan.

Terus belajar, terus berkarya bersama NADI! šŸ§µāœ‚ļø

Berita Berkaitan