26 Ogos 2026 – Program Mahir Jahit Intake 4 diteruskan dengan sesi pembelajaran bagi Minggu 7 yang memberi fokus kepada topik Jahit Kurung Pesak Gantung (Kelas 2). Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik jahitan bagi menghasilkan pakaian kurung pesak gantung dengan kemas, tepat dan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
Peserta turut dibimbing secara praktikal dalam proses mencantum bahagian-bahagian kain, mengendalikan mesin jahit serta memastikan setiap jahitan dilakukan dengan teliti. Penekanan diberikan kepada ketepatan ukuran, kekemasan jahitan dan teknik yang betul bagi mendapatkan hasil jahitan yang lebih berkualiti.
Program ini merupakan salah satu usaha NADI dalam menyediakan pembelajaran berasaskan kemahiran kepada komuniti, di samping membantu peserta meningkatkan kemahiran menjahit yang boleh digunakan untuk kegunaan sendiri, menghasilkan produk jahitan serta sebagai asas kepada peluang menjana pendapatan.

