16 Okt 2026 – Program Mahir Jahit Intake 4 Modul 12 Sesi 3 – Gunting Kurung Moden Kolar Mandarin bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik mengukur dan memotong kain untuk menghasilkan pakaian kurung moden berkolar Mandarin. Peserta akan mempelajari cara mengambil ukuran badan dengan tepat, membuat pola asas serta mengenal pasti teknik guntingan kain yang sesuai bagi memastikan pakaian yang dihasilkan kemas dan selesa dipakai.
Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran menjahit dan memahami proses penyediaan kain sebelum dijahit. Kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan untuk menghasilkan pakaian sendiri, menerima tempahan jahitan atau memulakan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang jahitan. Program ini juga dapat membantu peserta mengembangkan kreativiti, meningkatkan keyakinan diri serta menjana pendapatan melalui kemahiran yang diperoleh.


