PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Jahit Minggu 13 Draf Pola Kain Duyung & Gunting Fabrik (Kelas 1)

Pada minggu ke-13, peserta didedahkan dengan teknik menyediakan draf pola kain duyung sebagai langkah penting sebelum proses jahitan dilakukan. Peserta mempelajari cara mengambil ukuran yang tepat, melakar pola kain duyung mengikut ukuran badan serta memahami bentuk potongan yang memberikan efek kembang di bahagian bawah kain.

Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar mengenai teknik menggunting fabrik dengan betul dan kemas berdasarkan pola yang telah disediakan. Aktiviti ini membantu peserta meningkatkan kemahiran asas dalam penyediaan bahan jahitan serta memastikan fabrik dipotong dengan tepat bagi menghasilkan pakaian yang lebih kemas dan berkualiti.

Berita Berkaitan