Kelas Mahir Jahit Minggu 14 memberi fokus kepada kemahiran menjahit Kurung Moden kepada para peserta. Dalam kelas ini, peserta mempelajari teknik asas dan langkah-langkah penting dalam proses menjahit seperti penyediaan kain, teknik potongan yang betul serta cara menjahit dengan kemas bagi menghasilkan pakaian yang cantik dan selesa dipakai.
Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran menjahit mereka serta menambah keyakinan untuk menghasilkan pakaian sendiri. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan kemahiran secara langsung dengan bimbingan tenaga pengajar.


